Tuan Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin

Tuan Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin

Monday, November 8, 2010

Kemenangan Berganda

Alhamdulillah berkat usaha semua pihak yang terlibat , BN berjaya mengekalkan kerusi di Parlimen Batu Sapi , walaupun geng-geng Pakatan Rakyat yang turun melibatkan pemimpin-pemimpin besar dari PKR , PAS dan DAP , namun tidak bisa menembusi benteng kebal BN di Batu Sapi.. Dr.Fairus yang berkesempatan berceramah di Kg.Bokara mendapat sambutan yang hangat ketika membantu jentera BN bagi mengekalkan kerusi di Parlimen Batu Sapi.. Apa yang menarik lagi , BN telah merampas DUN Galas daripada PAS. Ini menunjukkan rakyat mulai sedar dengan kelemahan yang amat ketara di kalangan parti Pakatan Rakyat...oleh itu ... beralihlah bagi yang masih duduk di dalam PR....

Wednesday, November 3, 2010

Isu Politik Anwar

Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan nombor dua negara , sudah tentulah banyak isu yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim sempena pilihanraya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi , lebih lebih lagi di Parlimen Batu Sapi menampilkan calon dari PKR.
Namun , diharapkan agar rakyat tidak tertipu dengan dakyah yang dilontarkan beliau semata mata atas sifat dendam beliau ke atas kerajaan Malaysia. Pelbagai tuduhan dan fitnah yang beliau utarakan dalam ceramah ceramah yang disampaikan di sekitar Parlimen Batu Sapi.
Anwar sebenarnya berjuang atas tiket peribadi dan bukannya untuk kepentingan parti dan rakyat.

Perjuangan di Galas dan Batu Sapi

Sepanjang perjalanan kempen pilihanraya kecil bagi Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi ini amatlah memenatkan bagi Dr.Fairus , namun ianya pasti berbaloi sekiranya pengundi-pengundi di kedua-dua kawasan tersebut memberikan sokongan yang padu dengan memberi undi kepada calon Barisan Nasional...