Tuan Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin

Tuan Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin

Friday, May 7, 2010

Mendapat Gelaran Doktor Falsafah (Ph.D)

Bagi yang mengenali beliau, tidak dapat dinafikan lagi Tuan Dr.Mohammad Fairus Bin Khairuddin merupakan seorang yang amat dahagakan ilmu. Tidak kira dalam bidang akademik, agama mahupun persilatan, pasti beliau mendapat kejayaan dalam peringkat yang tinggi. Sebagai contoh, dalam Silat Seni Gayong, beliau memegang sandang Panglima Singa Malaya dalam sandang kegurulatihan, manakala dalam sandang istiadat, beliau telah dikurniakan Sandang Waris Amanah Mutlak oleh Yang Berbahagia Cikgu Siti Fadhilah Binti Meor Abdul Rahman, satu peringkat yang amat tinggi.

Dalam bidang akademik, selain mendapat ijazah dari UIAM dalam Sains Politik dan peringkat Master, baru-baru ini beliau telah mendapat pengiktirafan gelaran Doktor Falsafah dalam Martial Arts Philosophy and Science. Syabas dan tahniah..

Wednesday, May 5, 2010

Lawatan Rasmi Yg.Bhg Tuan Dr. Mohammad Fairus Khairuddin Ke Sandakan

Pada tanggal 19hb Mei ini, Yg. Bhg Tuan Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin akan mengadakan lawatan rasmi ke Sandakan bagi bertemu anak-anak Gayong dan guru-guru Seni Beladiri di Sandakan.
Di samping itu , beliau ke Sandakan atas jemputan Datuk Haji Pengiran Abdul Rahman Bin Datuk Haji Pengiran Galpam , Pewaris Gua Gomantong untuk memberikan ceramah khas di Majlis Mesyuarat UMNO cawangan Suan Lamba yang akan dirasmikan oleh Datuk Bung Mokhtar Radin.
Y.B Tuan Dr.Mohammad Fairus Khairuddin juga dijadualkan menghadiri Pelancaran Koperasi Inabah Sandakan Berhad dan Majlis Talqin Thoriqot Qodiriyyah Wan Naqsyabandiah di Sandakan.
Bagi yang ingin bertemu dan beramah mesra dengan beliau, datanglah ke Masjid Datuk Pengiran Galpam pada solat Jumaat tanggal 21hb Mei ini

Pusaka Academy


Pusaka Academy telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan fungsinya adalah sebagai satu platform dari pelbagai aliran seni beladiri. Antara yang menganggotainya adalah Persatuan Karate Kanazawa Shotokan, Kalis Kuntau ( Kali Filipina ), Akademi Beladiri Gerak Spring, Persatuan Seni Silat Skrima Warisan Sandakan dan beberapa pertubuhan besar seperti Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Sabah, Pertubuhan Silat Seni Gayong Nusantara dan lain lain

Kelab Penyokong Fairus Khairuddin

Ditubuhkan bagi memberi penjelasan sebenar mengenai status politik Yang Berbahagia Tuan Dr.Mohammad Fairus Bin Khairuddin , mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang kini telah beralih arah setelah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang memanipulasi isu-isu hangat seperti isu Kalimah Allah dan lain-lain